MELAKA 4 Julai – Sebanyak 18 buah ken-deraan berat ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan membawa lebih muatan, di susur keluar Plaza Tol Jasin, Merlimau dekat sini awal pagi ini. Operasi yang diadakan bermula pukul 9 malam hingga 6 pagi itu menahan kesemua kenderaan tersebut yang kebanyakannya membawa muatan pasir sehingga mencecah 108,000 kilogram (kg) dan boleh membahayakan nyawa pengguna kenderaan lain. Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, semua kenderaan berat itu dibawa untuk melakukan proses timbang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya