KEGIATAN pembuatan seni tembikar tradisional atau lebih dikenali sebagai labu sayong telah diusahakan sejak zaman-berzaman dan kini perusahaannya diteruskan di beberapa tempat di Kuala Kangsar, Perak. Diperbuat dengan menggunakan kudrat tangan dan kreativiti ilham manusia, maka terbentuklah tembikar indah penuh kesenian. Perusahaan tembikar ialah hasil seni kraf tangan yang diperbuat daripada tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diasapkan serta dibakar untuk menghasilkan rupa bentuk yang unik. Industri pembuatan…










