KUALA LUMPUR 15 Julai – Jabatan Audit Negara mengesan berlakunya manipulasi dan penipuan di dalam Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) untuk meluluskan kuota pekerja asing sehingga menyebabkan negara kehilangan hasil yang banyak. Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1 mendedahkan kuota diwujudkan kepada 123 syarikat untuk membawa pekerja asing adalah kelulusan palsu. Ujarnya, seramai 21,378 pekerja asing daripada 32,424 kuota yang diwujudkan secara tidak teratur dan mendapat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). “Anggaran perkiraan audit bayaran levi kali pertama sepatutnya dapat dikutip bagi 21,378 pekerja asing ini adalah RM24.55 juta, bagaimanapun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya