MTDC anjur program latihan antarabangsa untuk pembuat dasar - Utusan Malaysia

MTDC anjur program latihan antarabangsa untuk pembuat dasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Julai – Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) hari ini menganjurkan program latihan antarabangsa bagi pembuat dasar untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kepakaran pembangunan dengan negara membangun yang lain.

Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr. Zainul Fadziruddin Zainuddin

Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr. Zainul Fadziruddin Zainuddin berkata, Bengkel Program Perbadanan Teknikal Malaysia (MTCP)-Pembangunan Pengkomersialan Ekosistem dan Keusahawanan MTDC selama lima hari itu merupakan usaha MTDC untuk membantu negara membangun yang menyertainya dengan program pembangunan masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malaysia, menerusi MTCP, kekal komited kepada Kerjasama Selatan-Selatan yang merupakan elemen penting kerjasama antarabangsa bagi pembangunan yang menawarkan peluang berdaya maju untuk negara membangun dalam usaha mereka secara individu dan bersama untuk meningkatkan tahap pembangunan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bengkel itu dijadualkan dari 22 hingga 26 Julai telah menarik penyertaan 16 pembuat dasar dari Uzbekistan, Thailand, Tajikistan, Turkmenistan, Uganda, Jordan, Kyrgyzstan, Bosnia dan Herzegovina, Mauritius, Albania, Kepulauan Samoa, Nigeria, Bhutan, Filipina, Mesir dan Vietnam.

Topik yang akan dibincangkan pada bengkel itu termasuk dasar dan rangka kerja berkaitan proses pengkomersialan, pengesahan pasaran, pengkomersialan harta intelek (IP), pembiayaan, model perniagaan, kerjasama dan inkubasi universiti. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini