KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menganjurkan perlawanan bola sepak dan bola jaring persahabatan bersama Persatuan Jurufoto Media Profesional Malaysia (MPPA) pagi semalam di Padang Kilat, ibu pejabat TNB, Bangsar, Kuala Lumpur.
Sebelum perlawanan bermula, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, Samsul Ariffin Zainuddin dan Pengurus (Newsroom) TNB, Norfadzilah Sha’ary telah menyerahkan jersi tajaannya kepada MPPA.
“Hubungan baik diantara TNB dan MPPA selama ini telah memberikan kami dorongan untuk senantiasa bekerjasama dalam kepelbagaian aktiviti khususnya yang melibatkan acara sukan.
“Walaupun kami tahu pengamal media sentiasa sibuk dengan tugas hakiki mereka, namun penglibatan dan kesediaan mereka (pengamal media) dalam aktiviti sukan persahabatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan yang telah lama terbina,” jelas Samsul Ariffin Zainuddin ketika ditemui Utusan Online pagi semalam.
MPPA dibarisi jurufoto-jurufoto dari agensi media tempatan manakala TNB diwakili kakitangan Ibu pejabat dalam perlawanan selama 60 minit itu.
Dalam pada itu, pasukan bola jaring MPPA yang baru dibentuk turut memberikan saingan terhadap pasukan TNB menerusi lima perlawanan yang berlangsung selama 35 minit. – K! ONLINE











