MPKB-BRI kunci tayar ikut akta  - Utusan Malaysia

MPKB-BRI kunci tayar ikut akta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 25 Julai –  Tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB -BRI) mengunci tayar kenderaan adalah mengikut akta yang ditetapkan.

Yang Dipertuanya, Tuan Zainal Tuan Yusuf berkata, tindakan itu dilakukan mengikut Seksyen 72 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan bukan Seksyen 48, 64, 65 , 66 (1) (rr) sebagaimana yang dibangkitkan dalam laporan sebelum ini dalam akhbar.

“Oleh itu kita ingin memberi penjelasan bahawa tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan anggota  penguatkuasa MPKB-BRI yang ditempatkan di bawah pengurusan syarikat Vista Summerose (KB) Sdn. Bhd. adalah berdasarkan kuasa ada.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Iaitu Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) (Majlis Perbandaran Kota Bharu) 2000 yang digubal bersama Seksyen 72 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, perintah itu juga diwartakan pada 21 Disember  2000 yang diguna pakai sehingga sekarang dan pengurusan mengikut sistem letak kereta di kawasan pentadbiran MPKB – BRI.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan mengenai rintihan orang ramai mengenai tindakan tegas MPKB-BRI mengapit tayar.

Ekoran daripada itu, seorang peguam, Majdah Muhamad mempertikaikan tindakan tersebut dengan menyifatkan pihak berkuasa tempatan  (PBT) itu tidak bergak mengunci tayar.

Malah Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) menggesa MPKB-BRI supaya menilai semula tindakan mereka dan jangan sampai rakyat meluat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini