Mohd. Faiq, Nor Haslina juara Kejohanan Kelab Golf The Mines - Utusan Malaysia

Mohd. Faiq, Nor Haslina juara Kejohanan Kelab Golf The Mines

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Pemain golf berpengalaman, Mohd. Faiq Abu Sahid dan Nor Haslina Dahari dinobatkan sebagai juara dalam kategori masing-masing pada Kejohanan Kelab Golf The Mines di sini Ahad lalu.

Mohd. Faiq mengakhiri kejohanan selama dua hari itu dengan 11 di atas par yang menyaksikan beliau berkongsi keputusan dengan seorang lagi pemain, Zainurin Jaafar.

Bagaimanapun, pihak pengurusan perlawanan telah memberikan kemenangan kepada Mohd. Faiq ekoran Zainurin gagal meneruskan perlawanan atas sebab-sebab tertentu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi kategori wanita yang menyaksikan dua play-off, Nor Haslina bijak mengambil peluang dengan melakukan pukulan cantik bagi memperoleh bogey yang membolehkannya mengatasi pencabarnya, Datuk Norfaizah Zainal dalam perlawanan penentuan.

Nor Haslina
Nor Haslina menunjukkan trofi yang dimenanginya dalam kategori wanita pada Kejohanan Kelab Golf The Mines di Serdang Ahad lalu.

Dalam perkembangan sama, William Houng Lee dinobatkan selaku juara bagi kategori senior apabila mengakhiri saingan akhir dengan 83 pukulan mengatasi Datuk Ronald Leong yang mencipta 89 pukulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini