LONDON – Khabar angin Sergej Milinkovic-Savic bakal menyertai Manchester United bertiup kencang selepas ejen pemain berusia 24 tahun itu kelihatan berada di kota London.
Presiden Lazio, Claudio Lotito mahu menjual pemain tengah itu dengan harga 90 juta pound (RM459 juta) namun Red Devils hanya bersetuju untuk membayar 72 juga pound (RM367 juga).
Memuatkan artikel berkaitan…
Milinkovic-Savic baharu sahaja melanjutkan kontraknya bersama Lazio hingga 2023 tahun lalu namun Lotito memberitahu dia berdepan kesukaran untuk mengekalkan pemainnya itu.
United cuba untuk memeterai perjanjian bersama Lazio memandangkan Paul Pogba bakal meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini. – AGENSI











