Mesir pecat Aguirre - Utusan Malaysia

Mesir pecat Aguirre

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH, Mesir – Disebabkan tidak berjaya meneruskan kempen Negara-Negara Afrika, Mesir mengambil tindakan drastik memecat jurulatihnya, Javier Aguirre, selepas tersingkir dalam pusingan 16 akhir kejohanan berkenaan pada awal pagi tadi.

Dalam perlawanan tersebut Mesir tewas 0-1 kepada Afrika Selatan di Kaherah sekali gus menyebabkan tuan rumah gagal melangkah ke saingan suku akhir buat kali pertama sejak 2004.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden Persatuan Bolasepak Mesir (EFA), Hany Abou-Rida sebaik sahaja tamat perlawanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata Aguirre, dia pasrah dengan keputusan berkenaan dan menerimanya dengan terbuka.

“Sudah pasti saya bertanggungjawab.

“Jika ini keputusannya maka saya terima dan sememangnya saya akan menanggung setiap akibatnya kerana saya yang memilih barisan pemain dan formasi,” kata Aguirre.

Aguirre dilantik menjadi ketua jurulatih dari Mexico selepas tersingkir dalam peringkat kumpulan Piala Dunia tahun lalu.

Bekas pengendali Mexico serta Jepun itu menandatangani kontrak empat tahun bagi menggantikan Hector Cuper. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini