HIDUPNYA bagai tidak lengkap jika hanya menjadi model, memperagakan pakaian tidak kira untuk pentas peragaan mahupun paparan majalah. Jiwanya memberontak inginkan lebih cabaran, apatah lagi anak bongsu daripada tiga beradik ini memang dikenali dengan kehebatannya dalam berkata-kata. Akhirnya Amy Nur Tinie Abdul Aziz atau Tinie mengambil keputusan menyertai pertandingan ratu cantik tidak kira dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. “Sekadar modelling seakan tidak puas sebab saya tidak dapat menonjolkan diri dan bakat yang sebenar. “Tetapi, melalui pertandingan ratu cantik, kita berpeluang bersuara, berkongsi perkara-perkara positif selain memberi kesedaran kepada masyarakat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya