SEBENARNYA pada hari ini orang Melayu khususnya golongan muda sedang mengalami krisis identiti amat serius dalam soal sama ada ingin mengekalkan sifat-sifat sebagai Melayu atau mempertahankan ideal dan nilai Islam sebagai seorang Muslim. Ini kerana ramai dalam kalangan mereka tidak faham mengenai apa itu Islam. Jika Islam itu agama, adakah sama seperti Kristian dan agama lain? Perkataan Arab iaitu din yang sering diguna bagi merujuk kepada Islam tidak bermaksud agama. Semua sarjana dan ulama bersetuju bahawa perkataan din merujuk kepada sistem kehidupan berkaitan dengan Tuhan. Berdasarkan hakikat itu, kerangka pemikiran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya