KUALA LUMPUR 26 Julai – Majlis Bandaraya Petaling Jaya berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Karnival Sukan Badan Berkanun (Sukanun) 2019, semalam.
MBPJ dalam kenyataannya berkata, pihaknya berjaya merangkul lima pingat emas dalam acara tenis, dart, boling wanita, futsal wanita dan sepak takraw.
“MBPJ turut berjaya meraih tiga pingat perak dalam acara boling lelaki, badminton dan bola jaring,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sukanun 2019 mempertandingkan 23 acara dengan melibatkan penyertaan lebih 5,000 atlet dan pegawai, 300 sukarelawan dan 400 pegawai teknikal dari 19 Julai lalu yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor sebagai tuan rumah. – UTUSAN ONLINE











