Mayat dalam bagasi: Tempoh reman suspek dilanjut - Utusan Malaysia

Mayat dalam bagasi: Tempoh reman suspek dilanjut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Julai – Tempoh reman suspek pertama yang disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang tukang jahit yang mayatnya ditemukan dalam bagasi di tebing sungai Kampung Pangkalan, Bau, Sarawak pada 19 Julai lalu dilanjutkan lima hari lagi.

Lapor portal Utusan Borneo, Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintenden Poge Nyaon berkata, permohonan itu dikemukakan di Mahkamah Majistret Bau hari ini dan diluluskan Majistret Aida Montong yang memerintahkan tempoh lanjut reman itu bermula esok hingga 1 Ogos ini. 

“Suspek berusia 28 tahun itu masih disiasat di bawah seksyen yang sama iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, Poge mendedahkan, suspek pertama kes itu diberkas pada 19 Julai lalu pada hari yang sama mayat tersebut ditemukan manakala suspek kedua, seorang wanita diberkas sekitar pukul 9.30 malam 20 Julai lalu di kawasan Stampin, Sarawak.

Dedahnya, wanita terbabit, 56, turut ditahan reman selama tujuh hari setelah permohonan reman diluluskan oleh Mahkamah Majistret Bau bermula 21 hingga 28 Julai ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini