MAQIS rampas produk hasil pertanian bernilai RMRM49,581 - Utusan Malaysia

MAQIS rampas produk hasil pertanian bernilai RMRM49,581

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 27 Julai – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) negeri merampas produk hasil pertanian iaitu carrageenan aquagel seberat 1.2 tan yang cuba diseludup masuk ke negara ini di Pelabuhan Dermaga Air Dalam (DAD), di sini semalam.

Pengarah MAQIS negeri, Zarina Ramli berkata, dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak MAQIS pada pukul 10.30 pagi itu, produk carrageenan aquagel (sejenis rumpai laut) yang bernilai kira-kira RM49,581 didapati dibawa masuk dari Filipina tanpa dokumen yang sah daripada pihak MAQIS.

“Pihak MAQIS mendapati 48 beg carrageenan aquagel tersebut tiada dokumen yang sah seperti import permit (IP).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan itu, pihak MAQIS telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM4,958.10 kepada pihak yang membawa masuk carrageenan aquagel ini,”katanya di sini hari ini.

Menurut beliau perbuatan mengimport produk hasilan pertanian tanpa permit yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini