Malaysia pertajam PC menentang Jerman - Utusan Malaysia

Malaysia pertajam PC menentang Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mempertajamkan aksi pukulan sudut penalti (PC) akan menjadi salah satu fokus utama skuad hoki Malaysian Tigers menjelang aksi pertama kempen siri jelajah Eropah menentang Jerman, esok.

Perlawanan esok dilihat sukar buat Malaysian Tigers kerana berdepan pasukan gergasi Eropah, Jerman.

Berdasarkan rekod pertemuan, kebanyakannya tidak memihak kepada anak buah Roelant Oltmans yang tewas kesemua perlawanan bertemu Jerman dengan kali terakhir kalah 3-5 di pentas Piala Dunia Bhubaneswar, India tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain negara, Muhammad Razie Abdul Rahim mengakui, dia selaku pakar pukulan sudut penalti harus memanfaatkan segala peluang yang hadir, malah sedar PC juga adalah antara kunci kekuatan Malaysian Tigers bagi mendapatkan gol.

“Ketika sesi latihan sebelum ini kami sering memberi tumpuan kepada gerakan set piece. Untuk siri jelajah Eropah kami perlu menggalas tugas ini dengan sebaik-baiknya. Pukulan sudut penalti sememangnya salah satu kekuatan pasukan. Tetapi ketika ini barisan penyerang kita juga mampu menghasilkan gol padang.

“Jadi saya rasa peluang untuk menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti serta gol padang agak seimbang,” kata Muhammad Razie.

Selain Razie, Malaysian Tigers turut mempunyai beberapa pakar pukulan sudut penalti lain antaranya ialah Faizal Saari, Shahril Saabah dan Syed Mohd Syafiq Syed Cholan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini