Malaysia jadi tuan rumah seminar PAC Komanwel - Utusan Malaysia

Malaysia jadi tuan rumah seminar PAC Komanwel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Seminar Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Komanwel (Capac) yang akan berlangsung di sini dari 1 Ogos hingga 3 Ogos ini.

Pengerusi PAC, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, seminar itu adalah anjuran Persatuan Komanwel United Kingdom (Cpa UK) dan ia adalah kali pertama Malaysia dipilih menjadi tuan rumah bagi Capac yang melibatkan negara-negara Komanwel di rantau Asia dan Asia Tenggara.

Katanya, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof akan merasmikan seminar itu yang dijangka turut dihadiri Pengerusi PAC Parlimen United Kingdom, Meg Hiller.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas Noraini, sepanjang seminar semua peserta akan didedahkan amalan terbaik kepada PAC Malaysia menjalankan tugas dengan lebih berkesan terutama sekali dalam mengesan berlaku unsur penyelewengan dalam kewangan kerajaan.

“Ini adalah medan terbaik bagi ahli-ahli PAC Malaysia bertukar pandangan dan pendapat dengan rakan-rakan mereka dalam memantapkan lagi struktur urus tadbir jawatankuasa ini, terutama sekali memastikan PAC memainkan fungsi semak dan imbang terhadap kerajaan.

“Rakyat kini menuntut PAC Malaysia memainkan peranan lebih aktif dan berkesan terutama sekali dalam menjalankan siasatannya melalui prosiding dengan telus serta berakauntabiliti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noraini mengharapkan ahli-ahli PAC Parlimen Malaysia dapat menambah ilmu mereka mengenai kaedah terbaik yang diamalkan di negara-negara Komanwel sama ada ia dapat disesuaikan ketika jawatankuasanya mengadakan prosiding.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini