PUTRAJAYA 31 Julai – Memorandum persefahaman (MoU) berjaya dimeterai antara Kerajaan Malaysia dan Filipina berhubung 14 skop kerjasama di dalam aspek kesihatan antara kedua-dua belah negara. MoU itu dimeterai antara Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dengan rakan sejawatnya, Setiausaha Kesihatan Filipina, Dr.Francisco T. Duque III selepas Mesyuarat Menteri Kesihatan Malaysia dan Filipina yang berlangsung di sini hari ini. Menurut kenyataan bersama, MoU itu melibatkan soal pendidikan kesihatan, kesihatan reproduktif, pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit dan kerjasama ubat tradisional, ubat herba, suplemen kesihatan dan produk kosmetik. Selain itu, MoU…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya