PARIS – Juara dunia tiga kali, Jorge Lorenzo bakal kembali beraksi dalam Grand Prix British pada 25 Ogos ini selepas dia dua tulang belakangnya patah berikutan terlibat dalam kemalangan ngeri bulan lalu, kata pasukannya, Honda.
Pelumba berusia 32 tahun itu patah dua belakangnya selepas jentera yang dinaikinya terbabas ketika melakukan latihan bebas di Grand Prix Belanda pada 28 Jun lalu yang menyaksikan dia terpelanting dan bergolek empat kali.
“Jorge Lorenzo dan pasukan Repsol Honda bersetuju untuk melihat Lorenzo terlepas dua perlumbaan di Czech dan Austria untuk proses pemulihan dan mengelakkan kecederaan yang dialami bertambah buruk.
“Keadaan Lorenzo semakin baik namun dia masih mengalami sakit-sakit dan pergerakannya di atas motor terbatas,” kata Honda.
Lorenzo memenangi gelaran dunia pada 2010, 2012 dan 2015 bergelut pada awal musim selepas kerap jatuh.
Dia ketika ini berada di ranking ke-16 keseluruhan dengan 19 mata dan pencapaian terbaiknya musim ini adalah menduduki tempat ke-11 di Grand Prix Perancis. – AFP











