L’Oréal & Shopee ceriakan pengalaman beli-belah dengan alat kuasa AR - Utusan Malaysia

L’Oréal & Shopee ceriakan pengalaman beli-belah dengan alat kuasa AR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Melainkan anda pernah cuba warna lipstik tertentu dan ingin mengisi bekalan koleksi anda, pembelian dalam talian boleh menjadi satu percaturan lebih-lebih lagi jika anda mencari warna dan kemasan baharu, baik yang kusam, metallik, satin atau berkilat.

Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah pengguna dan menambah baik pengalaman membeli lipstik dan pengilat bibir dalam talian, L’Oréal, pemimpin dunia dalam produk kecantikan dan penjagaan kulit, telah bekerjasama dengan Shopee untuk melancarkan alat dengan kuasa realiti terimbuh atau augmented reality (AR) menerusi platform e-dagang.

Menerusi aplikasi yang dinamakan Shopee BeautyCam by ModiFace, orang ramai boleh mencuba warna lipstik L’Oréal, Maybelline dan NYX yang berlainan secara digital.

Memuatkan artikel berkaitan…

Untuk menggunakan alat ini, pengguna Shopee perlu mengunjungi gedung rasmi L’Oréal Paris Malaysia, Maybelline dan NYX dalam aplikasi Shopee, pilih lipstik kemahuan mereka dan mencuba warnanya menerusi kamera depan telefon bimbit mereka.

Teknologi hak milik ini akan dimulakan dengan lipstik L’Oréal dan akan diperluas untuk merangkumi seluruh produk mekap L’Oréal pada masa hadapan di seluruh Asia Tenggara.

Pakatan perkongsian ini memperlihatkan komitmen Shopee dan L’Oréal untuk terus membawa inovasi dan memperkasakan kategori kecantikan dan penjagaan kulit Asia Tenggara pada masa mendatang, dan memberikan pengalaman membeli-belah yang menyenangkan dengan sentuhan peribadi kepada pengguna.

Alat kuasa AR ini akan juga memberi manfaat kepada berjuta-juta pengguna Shopee, terutama sekali pengguna generasi milenial yang pakar digital dan tertarik kepada inovasi, kreativiti dan sentiasa ingin meneroka.

Marianne Chuo, Ketua Pemasaran, Shopee Malaysia, berkata, “Produk kecantikan dan penjagaan kulit sangat diminati oleh pengguna Shopee sebagaimana yang dapat dilihat dalam kempen utama kami dengan kategori Kesihatan dan Kecantikan sentiasa mencatat satu daripada bilangan transaksi paling tinggi.

“Oleh itu, kami teruja untuk bekerjasama dengan L’Oreal untuk memperkenalkanShopee BeautyCamdiplatform kami yang akan membawa transformasi ke dalam pasaran kecantikan penjagaan kulit di Malaysia menerusi inovasi dan teknologi yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pengguna membeli-belah dalam talian.

“Dengan alat interaktif ini, pengguna akan dapat memilih warna lipstik yang diingini untuk keperluan kecantikan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lau Sook Ping, Pengurus Besar Bahagian Produk Pengguna L’OréalMalaysia, berkata, “Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Shopee untuk membawa Shopee BeautyCam by ModiFacekepada berjuta-juta pengguna di seluruh Malaysia dan untuk merombak industri kecantikan.

“Inovasi teknologi ini memberi kebebasan dan kreativiti kepada pengguna untuk meninjau pelbagai pilihan lipstik L’Oréal dan membantu pengguna mempelajari lebih lanjut tentang lipstik paling baik dan sesuai untuk mereka.

“Semua ini dilakukan dalam aplikasi Shopee, yang menyediakan cara menyenangkan, berkesan dan mudah untuk pengguna meninjau lebih banyak produk mekap apabila mereka membeli mekap dalam talian pada masa akan datang,” katanya.

Pelancaran rasmi Shopee BeautyCamdiadakan sempena Hari Lipstik Antarabangsa pada bulan Julai, dan untuk merayakannya, Hari Jenama Hebat (SBD) L’Oréal akan berlangsung pada 29 Julai ini, dengan promosi yang bermula pada 26 Julai.

SBD akan membawa tawaran menarik dan potongan harga hingga 50 peratus untuk semua jenama lipstik termasuk L’Oréal Paris, Maybelline dan NYX.

Pengguna juga boleh mencuba nasib dalam permainan Putar dan Menang Shopeeuntuk merebut peluang memenangi baucar L’Oréal Paris, Maybelline, NYX dan Garnier bernilai hingga RM6,000, dan Syiling Shopee bernilai hingga RM5,000.

Semua solek dan produk penjagaan kulit L’Oréal boleh didapati melalui gedung rasmi masing-masing di Shopee, di bawah Shopee Mall, yang menawarkan pulangan percuma 15 hari, jaminan ketulenan 100 peratus, dan penghantaran percuma.

Untuk mencuba Shopee BeautyCamdan meninjau pilihan lipstik, sila ke https://shopee.com.my/m/beauty-cam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini