Lookman bakat baharu England - Utusan Malaysia

Lookman bakat baharu England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – England akan mengikuti perkembangan Ademola Lookman dengan lebih kerap selepas pemain sayap berpotensi itu telah melengkapkan perpindahan bernilai 22.5 juta pound (RM115 juta) ke Jerman.

Penyerang itu berpindah dari Everton untuk menyertai Red Bull Leipzig sekali gus menjadi bakat England terbaharu yang menyertai Bundesliga selepas Jadon Sancho dan Reiss Nelson.

Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) akan menghantar wakil mereka kerap ke Jerman bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai pemain tersebut agar mereka boleh dipanggil untuk menyertai skuad senior England di bawah kendalian Gareth Southgate. – AGENSI

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini