LONDON – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp enggan berbelanja secara mewah biarpun tetap berhasrat membawa masuk pemain baharu,
Jelasnya, bukan mudah untuk memperbaiki pasukan dengan berbelanja munasabah, namun menerusi peruntukan ‘gila’, dia menyifatkan segalanya akan lebih mudah.
“Kami bukan kelab yang gemar berbelanja besar. Kami tidak akan berbuat demikian. Meskipun kami mempunyai sumber dana yang besar, kami tidak semestinya mengikut cara pasukan lain berbelanja.
“Begitupun, kami tidak perlu berbelanja besar. Kami perlu mencari jalan penyelesaian ketika dalam saingan. Ada kalanya kami mendapat jalan penyelesaian dalam pasaran perpindahan dan kami telah melakukannya.
“Saya tidak perlu menamakan sebarang pemain kerana semua orang tahu. Kami perlu mencari jalan penyelesaian dalam sesi latihan dan itulah yang kami lakukan buat masa ini.
“Kami masih memantau pasaran pemain tetapi ia tidak akan menjadi perpindahan termahal. Kami akan lihat apa yang boleh dilakukan dan jika kami tidak melakukan apa-apa, itu mungkin atas alasan yang berbeza.
Liverpool membuat pelaburan besar untuk musim 2018 dengan menandatangani Virgil van Dijk, Alisson, Naby Keita, Fabinho dan Xherdan Shaqiri.
Setakat ini, Liverpool sekadar hanya mendapatkan dua pertahanan remaja, Sepp van den Berg, daripada PEC Zwolle.- AGENSI











