Lelaki didakwa curi kondom - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa curi kondom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 23 Julai – Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri sekotak kondom dan beberapa barang bernilai RM50 di sebuah kedai serbaneka di sini pada 16 Julai lalu.

Tertuduh, Nik Muhammad Fahmi Nik Salleh,27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Balqis Zunaidi.

Menurut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mencuri sekotak kondom jenama Playsafe, satu kotak gula-gula jenama Halls, satu kotak penapis rokok dan sebungkus tisu basah bernilai RM50.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 378 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 378 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Asyikin Nor Azhar manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Tan Yu Tang.

Mahkamah menetapkan 22 Ogos ini sebagai tarikh semula sebutan kes dan tertuduh ditawarkan ikat jamin sebanyak RM4,000. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini