Lelaki cedera diserang ketika kutip wang sewa rumah - Utusan Malaysia

Lelaki cedera diserang ketika kutip wang sewa rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki parah diserang sekumpulan individu ketika mengutip wang sewa rumah di Jalan Pudu, di sini petang tadi.

Difahamkan,dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, mangsa telah ditumbuk dan ditendang serta ditetak dengan objek tajam sehingga menyebabkannya cedera di beberapa bahagian tubuh badannya termasuk tangan dan kepala.

Mereka hanya berhenti menyerang selepas mangsa jatuh dan tidak sedarkan diri di tengah jalan kawasan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, sehingga masa kini, polis masih belum menerima sebarang laporan daripada mangsa tentang kejadian itu.

“Maklumat awal yang diterima menyatakan mangsa diserang oleh sekumpulan lelaki ketika cuba mengutip bayaran sewa rumah.

“Pegawai Penyiasat kes telah membuat semakan di Hospital Kuala Lumpur dan merakamkan keterangan mangsa yang sedang dirawat di sana,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Menurutnya lagi, maklumat yang diterima juga memaklumkan bahawa mangsa menolong seorang wanita untuk mengutip wang sewa rumah di Jalan Pudu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini