LONDON – Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers kekal tenang meskipun spekulasi pemain pertahanannya, Harry Maguire terus hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United sehingga ia menjadi topik utama dalam pasukan.
Nama Maguire kini menjadi perbualan utama selepas dua tawaran yang dikemukakan United awal bulan ini telah ditolak, selain Manchester City juga dikhabarkan turut berminat mengikat kontrak dengan pemain skuad antarabangsa England tersebut.
Pemain berusia 26 tahun itu yang mempunyai tanda harga bernilai £80 juta (RM410.13 juta), berjaya menyumbang satu gol ketika mencatat kemenangan 3-0 ke atas Cambridge United dalam aksi pramusim di Stadium Abbey, Cambridge, England semalam.
“Kami masih berada dalam ke-adaan yang tenang meskipun nama Maguire terus dikaitkan dalam spekulasi penghijrahan.
“Rundingan dengan pasukan lain sebelum ini tidak menunjukkan sebarang hasil, jadi Maguire masih sah bermain bersama Leicester. Anda boleh melihat kesungguhan ditunjukkannya atas padang sekarang.
“Ia membuatkan saya masih berada dalam keadaan tenang memandangkan kami sebenarnya tidak berminat untuk menjual Maguire,” kata Rodgers.
Bagaimanapun, Rodgers mengakui, tidak mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan Maguire sama ada dia mahu kekal bersama Leicester atau mencari angin baharu menyertai pasukan lain. – Agensi











