Lebih 400 peserta berentap dalam PREC Beyblade Battle - Utusan Malaysia

Lebih 400 peserta berentap dalam PREC Beyblade Battle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Lebih 400 peserta berentap dalam pertandingan ‘PREC Beylade Battle’ yang menawarkan pelbagai hadiah termasuk set beyblade berjumlah hampir RM 3,000 di SACC Mall Shah Alam, Selangor, Ahad lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Fakru Radzi Ab Ghani berkata, pihaknya akan menganjurkan pertandingan yang sama pada hujung tahun ini selepas melihat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai.

“Terdapat dua kategori dipertandingkan iaitu Burst yang mana hanya melibatkan peserta berumur 4 tahun hingga 21 tahun manakala Metal Fury terbuka untuk semua peringkat umur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertandingan ini diwujudkan bagi menggalakkan keluarga melakukan aktiviti riadah bersama selain dapat mengurangkan tumpuan kanak-kanak daripada permainan elektronik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini