LONDON – Bos Chelsea, Frank Lampard berkata, proses penyembuhan N’Golo Kante daripada kecederaan semakin baik dan dia berharap pemain tengah itu akan kembali ke dalam barisan secepat mungkin.
Pemain kebangsaan Perancis itu terlepas meninggalkan jelajah Jepun untuk menjalani proses rehabilitasi selepas mengalami kecederaan kaki penghujung musim lalu.
Kante turut terlepas beberapa perlawanan melibatkan Chelsea termasuk negaranya pada Mei dan Jun lalu. termasuk final Liga Europa dan sewaktu skuad Blues menang 2-1 ke atas Barcelona dalam saingan persahabatan, semalam.
Chelsea bakal membuka saingan Liga Perdana Inggeris menentang Manchester United dan pada 11 Ogos nanti, dengan Lampard mengharapkan juara Piala Dunia itu akan pulih sepenuhnya untuk pertembungan tersebut.
“Dia baik-baik sahaja. Itu adalah keputusan yang saya buat kerana saya rasa apabila dia berada di sini, dengan segala kemudahan yang akan dan menempuhi perjalanan yang akan kami lalui, ia akan memberikan satu pengalaman berharga kepadanya,” kata Lampard.- AGENSI











