Lalui latihan sekeras penggusti lelaki - Utusan Malaysia

Lalui latihan sekeras penggusti lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kehadiran Nordiana Khamarulzaman telah merintis kelainan dalam arena gusti tanah air.

Jurulatihnya, Ayez Shaukat Fonseka, 31, yang melatihnya sejak akhir tahun 2015 berkata, pada awalnya dia tidak menjangka seorang wanita berhijab akan tampil kepadanya untuk menyertai gusti.

“Bayangkan sebelum ini saya tidak pernah melatih wanita yang berhijab, tiba-tiba saya perlu melatih wanita sepertinya. Ia bukan suatu yang saya jangka kerana untuk menyaksikan wanita terlibat dalam gusti pun kurang, apatah lagi yang bertudung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai empat wanita telah menyertai gusti di Malaysia namun kini hanya tinggal dua yang masih bertahan. Di antara dua penggusti itu hanya Nordiana yang bertudung,” katanya ketika ditemui K2 baru-baru ini.

Ayez yang merupakan penggusti popular Asia Tenggara berkata, Nordiana tidak pernah meninggalkan sebarang sesi latihan biarpun berdepan dengan latihan yang keras sama seperti penggusti-penggusti lelaki.

“Dia diberikan latihan yang sama dengan penggusti lelaki. Jika lelaki perlu melakukan tekan tubi sebanyak 300 kali dalam sesi latihan, dia pun perlu melakukannya sebanyak 300 kali. Saya menyediakan latihan sebegitu supaya dia cepat ‘mengejar’ kekuatan lelaki. Sebab itu juga dia pantas menguasai kemahiran.

Ayez yang berketurunan Serani berkata, Nordiana juga dilihat mempunyai hati yang kental dan kuat untuk menahan sakit.

“Biarpun adakalanya saya melihat dia menangis kerana berdepan dengan pelbagai cabaran dan latihan yang keras, dia tidak berputus asa dan sentiasa kembali ke gelanggang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini