HULU LANGAT – KUB Malaysia Bhd. (KUB) berhasrat untuk menjadi pengedar gas petroleum cecair (LPG) nombor dua di negara ini dalam tempoh tiga hingga lima tahun menerusi jenama Solar Gas yang dioperasikan anak syarikat milik penuhnya, KUB Gaz Sdn. Bhd. Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulan KUB, Datuk Abdul Rahman Mohd. Zin berkata, pihaknya kini berada di kedudukan kelima dengan penguasaan pasaran sekitar 10 peratus, di belakang syarikat Petronas, NGC, Petron…