KPKT minta kerjasama kerajaan negeri salur maklumat - Utusan Malaysia

KPKT minta kerjasama kerajaan negeri salur maklumat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 27 Julai – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi berkaitan diminta menyusun dan mengemaskini data keperluan Rumah Mampu Milik (RMM) di setiap negeri.

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, langkah itu bagi membolehkan penilaian dibuat untuk mengenalpasti keperluan sebenar terhadap RMM terutama untuk golongan B40.

Katanya,sebelum ini tiada data dan maklumat lengkap tentang siapa yang memohon dan siapa yang berjaya memiliki rumah tersebut keadaan itu menyebabkan RMM tidak sampai skepada mereka yang layak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, KPKT sedang menyusun data dan maklumat tesebut dan jika mendapat kerjasama baik daripada kerajaan-kerajaan negeri, PBT serta agensi berkaitan, tugas itu lebih mudah dilaksanakan.

“Jika dibuat dengan cara mengadakan Banci Negara akan memakan masa hampir 10 tahun bagi melengkapkannya,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyemarakan Bulan Kebangsaan anjuran Komuniti Harapan Malaysia peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi di Dewan Sivik Jabi dekat sini hari ini.

Pada program anjuran bersama Pejabat Penerangan Besut itu, beliau turut menyampaikan bendera Jalur Gemilang kepada sembilan Pengerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam kawasan DUN Jabi.

“Untuk golongan yang memerlukan RMM ini, bermula awal tahun, kerajaan telah menyediakan kemudahan peruntukan RM1 Bilion menerusi Bank Negara dan jika habis, kerajaan akan pertimbang semula,” ujar beliau.

Bagi golongan muda, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu berkata, kerajaan telah menyediakan satu skim baharu `sewa beli’ yang melibatkan institusi kewangan tanpa syarat ketat untuk memiliki rumah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini