KPDNHEP rampas barang tiruan bernilai RM66,000 di Batu Feringghi - Utusan Malaysia

KPDNHEP rampas barang tiruan bernilai RM66,000 di Batu Feringghi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (PKPDNHEP) Pulau Pinang merampas pelbagai barangan berjenama tiruan bernilai kira-kira RM66,000 dalam operasi di pasar malam Batu Feringghi di sini malam tadi.

Operasi selama empat jam bermula pukul 8 malam itu disertai oleh penguatkuasa KPDNHEP dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Chin Ching Chung berkata, antara barangan berjenama tiruan yang dirampas termasuk beg tangan wanita, kasut, baju jersi dan topi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Produk berkenaan adalah daripada jenama popular yang dijual pada harga murah lebih 50 peratus daripada harga asal.

“Dalam operasi itu juga, seramai tujuh individu berusia di antara 20-an hingga 40-an termasuk seorang warga Bangladesh berusia 30-an turut disiasat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Ching Chung, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011.

Sementara itu,  beliau berkata, JIM negeri turut menahan dua lelaki warga Bangladesh dipercayai peniaga di pasar malam terbabit selepas disyaki melakukan kesalahan berkaitan imigresen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini