Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selamat - Utusan Malaysia

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis menjelaskan tiada sebarang objek ditemukan oleh pasukan berkenaan sepanjang pemeriksaan dilakukan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini ekoran ancaman bom yang dilaporkan sebelum ini.

Perkara itu dinyatakan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan utama di kompleks ini.

Jelasnya, buat masa ini operasi di kompleks mahkamah boleh dijalankan seperti biasa namun terpulang kepada pihak pengurusan untuk menentukan sama ada proses perbicaraan dapat dilakukan ataupun tidak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mengenai individu yang membuat panggilan tersebut kita akan menjalankan siasatan kemudian namun kita beri jaminan bahawa kompleks mahkamah ini boleh berjalan seperti biasa.

PASUKAN Pemusnah Bom dan Unit Pengesan Anjing (K9) tiba bagi membuat pemeriksaan terperinci selepas
PASUKAN Pemusnah Bom dan Unit Pengesan Anjing (K9) tiba bagi membuat pemeriksaan terperinci selepas menerima panggilan ancaman bom di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE/ FAUZI BAHARUDIN 

“Namun pihak polis akan menjalankan pemantauan bagi memastikan keselamatan orang ramai di sini terjamin,” katanya di sini hari ini.

Mengenai desas desus ancaman tersebut bagi membolehkan perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan, Shanmugamoorthy memberitahu perkara tersebut adalah tidak benar dan tidak perlu untuk dibuat andaian.

Tinjauan Utusan Online mendapati, orang ramai dibenarkan masuk ke kompleks ini kira-kira pukul 2.05 petang untuk menjalankan urusan masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini