HARI ini, seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada satu peristiwa penting yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur. Ia merupakan istiadat penuh bersejarah sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Istiadat itu sendiri memberi makna besar kepada negara dan sistem Raja Berperlembagaan apabila Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan dan peranan institusi raja atau monarki serta diberi kuasa tertentu. Sebagai rakyat di dalam negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen, kita sebenarnya cukup bertuah dengan keperibadian yang dimiliki Yang di-Pertuan Agong. Sejak seminggu lalu, pelbagai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya