Khidmat Rahimin ditamatkan 31 Ogos - Utusan Malaysia

Khidmat Rahimin ditamatkan 31 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 26 Julai – Kerajaan negeri meminta orang ramai tidak mempolitikkan isu pemendekan tempoh perkhidmatan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Rahimin Bani yang ditetapkan pada 31 Ogos depan.

Malah Ketua Menteri, Adly Zahari menjelaskan, keputusan memendekkan tempoh itu tidak mempunyai kaitan dengan isu kehadiran pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin atau Wan Ji yang menyampaikan ceramah di beberapa masjid di negeri ini baru-baru ini.

“Kedudukan beliau (Rahimin) adalah sebagai pegawai kontrak di JAIM dan perkhidmatannya sepatutnya tamat pada tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun kerajaan negeri memperbaharui kontraknya selama setahun sehingga hujung tahun ini dan pada masa sama kita sedang meneliti calon yang layak menggantikan tempatnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Bertemu Rakyat di Seri Bendahara di sini hari ini.

Berita mengenai penamatan perkhidmatan Rahimin tular dalam media sosial sejak semalam mendakwa beliau ditamatkan perkhidmatan serta-merta kerana membantah kehadiran Wan Ji di Masjid Jamek Bukit Beruang dan Masjid Jamek Parit Melana di Alor Gajah baru-baru ini.

Beberapa pengguna laman sosial turut memuat naik status melahirkan rasa tidak puas hati mengenai berita tersebut serta mendakwa kontrak Rahimin sepatutnya berakhir pada 31 Disember depan namun dipercepatkan sehingga 31 Ogos ini.

Sementara itu, Rahimin ketika dihubungi sebentar tadi tidak memberikan alasan dan sebab penamatan kontrak perkhidmatan tersebut namun hanya mengesahkan jawatan beliau akan berakhir pada 31 Ogos ini.

“Saya terima keputusan ini dan insya-Allah akan menghadapi hari-hari terakhir perkhidmatan saya sehingga penghujung Ogos depan,” kata beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini