Khazanah, MAG kaji pilihan strategik - Utusan Malaysia

Khazanah, MAG kaji pilihan strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Kha­zanah Nasional Bhd. (Kha­zanah) dan Malaysia Aviation Group Bhd. (MAG) sedang menilai semua pilihan strategik untuk memulihkan prestasi Malaysia Airlines Bhd. (MAB), me­nurut jurucakap Khazanah.

“Kerajaan juga telah menyatakan bahawa ia terbuka kepada cadangan daripada pihak luar termasuk pengambilalihan berpotensi oleh sektor swasta,” ­katanya di sini hari ini.

Dalam laporan Bloomberg yang memetik sumber rapat menyatakan Khazanah melantik Morgan Stanley untuk meneroka pilihan strategik bagi MAB.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bank pelaburan itu akan bertanggungjawab untuk melihat pilihan bagi syarikat penerba­ngan berkenaan termasuk jualan pegangan yang berpotensi.

Jelas individu yang me­minta untuk tidak dinamakan itu, Khazanah menyasarkan untuk menyelesaikan urusan berkaitan MAB menjelang akhir tahun ini.

“Perbincangan sedang dijalankan dan butiran termasuk garis masa masih boleh ber­ubah,” katanya.

Meskipun begitu, Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) tidak bersetuju dengan tindakan Khazanah dan tertanya sama ada mereka mempelajari daripada kesilapan lalu mengendalikan syarikat penerbangan berkenaan.

Jelasnya, ramai orang termasuk kakitangan marah terhadap idea untuk melibatkan lagi kumpulan perunding asing bagi membantu memulihkan syarikat penerbangan itu.

“Apa yang Morgan Stanley tahu tentang luar dalam pekerja MAB? Mereka hanya tahu mengesyorkan lebih ramai pe­ngurangan pekerja.

“Adakah tidak cukup masalah yang ditinggalkan sebelum ini? Kami minta supaya pakar ‘pe­nerbangan’ di dalam Khazanah yang terlibat dalam pelan penstrukturan ini agar menyerahkan tugasan ini kepada mereka yang sepatutnya,” tambahnya.

NUFAM dalam pada itu me­ngulangi saranannya supaya gaji pengurusan atasan dikaji semula dan kontrak pukal ditiadakan.

NUFAM menggesa MAB dile­takkan di bawah sebuah syarikat tujuan khas di bawah pejabat Perdana Menteri.

Turut memberi pandangan sama seperti NUFAM, Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Khazanah itu memperlihatkan peluang untuk MAB dijual tidak lama lagi menjadi semakin cerah.

“Biasanya bank pelaburan hanya akan diupah apabila mahu menjual aset kepada syarikat lain, terutama jika penjualan ini adalah kepada syarikat asing,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook ­miliknya hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini