CELAYA 4 Julai – Ketua Pendakwa Anti-narkotik Mexico, Francisco Javier Fuentes ditembak mati sewaktu sedang membeli-belah di bandar Celaya, Guanajuato, di sini kelmarin. AFP melaporkan, ketika kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol yang menaiki kereta dikatakan melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa yang terkenal dalam kalangan ‘taikun’ dadah di negara itu, sebelum melarikan diri. Pejabat pendakwa negara dalam satu kenyataan menyifatkan insiden itu sebagai ‘serangan pengecut.’ -AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya