MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka meraikan para Komander-komander Rejimen Askar Wataniah dari seluruh negara sempena Mesyuarat Sidang Komander Askar Wataniah Siri 31/2019 dalam satu majlis makan malam yang diadakan di Hotel Casa Del Rio Melaka malam semalam. Ketibaan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dan isteri yang menghoskan majlis tersebut disambut oleh Asisten Panglima (AP) Bahagian Pasukan Simpanan Tentera Darat dan Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Brigedier Jeneral Datuk Yusof Jantan.…










