KUALA LUMPUR 23 Julai – Allianz Malaysia Berhad (Allianz) menawarkan ganjaran istimewa kepada orang ramai melalui pakej pelancongan peribadi eksklusif ke Eropah.
Allianz dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, kempen ‘Always 10’ yang akan berlangsung sehingga 30 September ini boleh disertai dengan melayari laman web allianz10.my.
“Peserta perlu menyertai kuiz pengetahuan am dan pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah mata yang dikumpul. Dalam kempen ini peserta berpeluang memenangi hadiah segera, bulanan atau utama.
“Pemenang hadiah segera akan diberi notifikasi pada papan maklumat pertandingan dan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
“Pemenang bulanan untuk Julai, Ogos dan September akan diumumkan pada pertengahan bulan seterusnya manakala pemenang hadiah utama akan diumumkan pada akhir kempen,” katanya.
‘Always 10’ terbuka kepada semua warganegara dan penduduk tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas; pelanggan atau bukan pelanggan Allianz Malaysia. – UTUSAN ONLINE











