Media sosial kini menjadi medium utama untuk sesiapa sahaja meluahkan segala rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara dan masalah. Ramai melihat perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana hanya akan membuka aib sendiri terutama mereka yang berada dalam kelompok artis. Namun, penyanyi rock yang juga vokalis kumpulan Pelita Lusoh, Aweera selesa meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan menulis status dalam laman sosial dan aplikasi WhatsApp biarpun sedar impaknya. Menurut Aweera…