Kasih Selangor terus tabur bakti - Utusan Malaysia

Kasih Selangor terus tabur bakti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 25 Julai – Status sebagai NGO berkaitan Barisan Nasional (BN) yang merupakan pembangkang di negeri ini bukan penghalang untuk Badan Amal Dan Kasih (Kasih) Selangor terus aktif mengadakan aktiviti dengan masyarakat.

Menurut Yang Dipertua baharu Kasih Selangor, Datin Sohada Ramli, BN perlu kekal relevan sebagai suara memperjuangkan hak rakyat.

“Sebagai Yang Dipertua Kasih Selangor baharu saya sedar tugas yang menanti amat berat dalam keadaan BN adalah pembangkang di Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan dengan itu saya mengharapkan bantuan ahli-ahli Kasih Selangor yang lebih senior untuk membantu saya selepas ini, “katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Tugas Yang Dipertua Kasih di sini semalam.

Yang hadir sama ialah bekas Yang Dipertua Kasih Selangor, Puan Sri Dr. Aishah Salleh.

Sohada adalah isteri kepada Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Negeri Selangor yang baru, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan.

Sementara Aishah ketika ditemui di sini berkata, pihak Kasih Selangor telah menabur bakti kepada rakyat namun mereka masih tidak memilih BN sebagai Kerajaan di negeri ini.

“Jangan lari dari perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair.

“Sepanjang saya menjadi Yang Dipertua Kasih Selangor kita istiqamah dalam memastikan kebajikan rakyat kita jaga. Namun pilihan di tangan mereka, “katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini