Karnival usahawan MPSJ bantu memperkasa komuniti - Utusan Malaysia

Karnival usahawan MPSJ bantu memperkasa komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Julai – Karnival Usahawan Pemangkin Ekonomi dan Piala Kabaddi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2019 berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian diatur sepanjang program itu diadakan di Stadium Tertutup Serdang Jaya MPSJ, Seri Kembangan, Selangor, hari ini.

Karnival yang bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 7.00 malam itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, Negeri Selangor, V. Ganabatirau.

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, program itu bertujuan memberdaya komuniti melalui kemahiran-kemahiran asas bagi membantu mereka keluar dari kemiskinan dan menjadi lebih swadaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di dalam Pelan Strategik MPSJ 2012-2030, MPSJ telah mengambil pendekatan untuk memberdayakan komuniti bagi membantu mengatasi cabaran peningkatan kos sara hidup dan menangani masalah kemiskinan bandar terutama golongan B40,” katanya.

Karnival tersebut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga seperti bengkel keusahawanan, pertandingan, aktiviti sukan rakyat, gerai pameran daripada agensi luar dan dalam serta gerai jualan.

Piala Kabaddi MPSJ 2019 pula menyaksikan penyertaan seramai 32 pasukan (16 pasukan lelaki dan 16 pasukan wanita) dan terbuka untuk ahli PeBT seluruh Selangor termasuk universiti awam dan swasta serta kumpulan belia di seluruh Selangor.

Hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM14,000 disediakan untuk direbut oleh peserta pertandingan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini