KUALA LUMPUR 27 Julai – Karnival Usahawan Pemangkin Ekonomi dan Piala Kabaddi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2019 berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian diatur sepanjang program itu diadakan di Stadium Tertutup Serdang Jaya MPSJ, Seri Kembangan, Selangor, hari ini. Karnival yang bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 7.00 malam itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, Negeri Selangor, V. Ganabatirau. Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, program itu bertujuan memberdaya komuniti melalui kemahiran-kemahiran asas bagi membantu mereka keluar dari kemiskinan dan menjadi lebih swadaya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya