Kapit tayar: Anggaplah ‘sedekah’ bantu Kerajaan Pas Kelantan - Utusan Malaysia

Kapit tayar: Anggaplah ‘sedekah’ bantu Kerajaan Pas Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 24 Julai – Rakyat negeri ini perlu berlapang dada dan menganggap saman dan tindakan kapit tayar kereta dilakukan oleh Majlis Pembandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sebagai ‘sedekah’ bagi mengukuhkan lagi sumber kewangan kerajaan Pas Kelantan.

Presiden Pertubuhan Suara Anak Kelantan Darul Naim (Suara Kelantan) Che Isham Shahrudin Che Hamad Nordin berkata, rakyat sama sekali tidak akan rasa terbeban sekiranya bayaran saman itu ditukar kepada ‘sedekah’ walaupun jumlah agak tinggi.

Menurutnya, disebabkan ‘sedekah’ itu rakyat perlu segera melunaskan bayaran tersebut supaya dapat menikmati ganjaran pahala lebih besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berpandangan kerajaan (negeri) yang mengamalkan konsep negeri berkebajikan tidak akan bertindak zalim kepada rakyat.

“Apa yang dilakukan oleh mereka ini pastinya sudah mengambil kira pelbagai aspek termasuklah kebajikan kepada rakyat berlunaskan kepada ajaran Islam yang menjadi dasar pentadbiran,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kerajaan Pas Kelantan yang mengapit tayar kereta sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.

Susulan itu, semalam, Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) menggesa MPKB-BRI supaya menilai semula tindakan mengunci tayar kenderaan yang dikatakan melanggar peruntukan undang-undang sebagaimana didedahkan seorang peguam.

Mengulas lanjut, Che Isham memberitahu, dia ingin mengajak orang ramai berfikiran positif bahawa bayaran saman itu dikembalikan semula kepada rakyat dalam bentuk kemudahan dan terus menyayangi kerajaan negeri.

“Yang marah itu hanyalah segelintir sahaja, saya lihat masih ramai lagi yang sayang pada kerajaan negeri.

“Buktinya, Pas masih kekal memerintah negeri ini walaupun kerajaan Pusat sudah bertukar tangan dari Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH),” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini