IPOH 16 Julai – Tindakan pantas seorang kanak-kanak lelaki meluru keluar dari rumah setelah melihat kepulan asap, telah menyelamatkannya daripada maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Tawas di sini hari ini. Ketika kejadian, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu tinggal seorang diri di rumah tersebut manakala ibu dan bapanya serta dua keluarga lain yang turut menyewa rumah berkenaan keluar bekerja. Ketua Zon 1 Perak, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd. Khairul Jamil berkata, sekumpulan 29 anggota bomba dihantar ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.56 tengah hari.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya