Kecurian maklumat saintifik tentang kepelbagaian biologi sering berlaku. Berapa ramai dalam kalangan saintis tempatan dan agensi penguat kuasa tahu sejauh mana maklumat berkenaan diseludup keluar dari negara ini. Kecurian bahan berasaskan alam semula jadi boleh berlaku dalam bentuk spesimen kering, spesimen hidup, bahan genetik dan ekstrak kimia tumbuhan atau haiwan. Kalau dilihat kepada penerbitan seperti artikel dalam jurnal dan buku-buku berkaitan kepelbagaian biologi, kebanyakannya ditulis oleh saintis luar negara. Sampai sekarang kita belum berusaha menjejak kedudukan spesimen dari negara ini di dunia dan bagaimana spesimen berkenaan boleh berada di luar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya