JOHOR BAHRU 24 Julai – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menahan seorang jurujual wanita Indonesia kerana menjual produk berasaskan kulit hidupan liar dipercayai ular sawa di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) semalam. Pengarah Perhilitan negeri, Salman Saaban berkata, wanita berusia 51 tahun itu ditahan pada 4 petang semasa sedang mengendalikan barangan tersebut tanpa sebarang dokumen pemilikan dan penjualan, hasil maklumat orang awam. “Bertindak atas maklumat, lima orang…










