Jangan sampai ‘tersadung kaki’ kejar dunia - Utusan Malaysia

Jangan sampai ‘tersadung kaki’ kejar dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HIDUP di dunia sememangnya indah dengan pelbagai nikmat keseronokan sehingga kadangkala membuatkan kita leka bahawa hidup di dunia ini sebenarnya sementara berbanding akhirat yang kekal buat selamanya.

Pedoman

Memang diakui masyarakat kini lebih gemar untuk berlumba-lumba mencapai kejayaan dan kemegahan di dunia berbanding di akhirat kerana merasakan kesenangan dunia seolah-olah berada di syurga.

Namun, mereka tidak tahu bahawa orang yang bijak tidak akan gelojoh dengan dunia sebaliknya dia memanfaatkan nikmat dunia untuk bekalan di akhirat kelak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Orang yang bijak menikmati dunia ini umpama lebah dan madu yang cair, membuatkan lalat-lalat datang menghinggapi. Seekor lalat yang gelojoh akan terus terjun ke tengah-tengah tompokan madu dan akhirnya mati kerana kebodohan diri.

Begitu jugalah dengan kehidupan sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini iaitu sekiranya kita gelojoh untuk menikmati dunia, maka kita akan terperangkap, sebaliknya jika kita bijak, rezeki itu akan terus berpanjangan.

Malah, iman perlulah dipupuk dan bukan sekadar dipelajari kerana dengan mempunyai ilmu semata-mata belum tentu seseorang itu betul-betul beriman.

Oleh itu, kita perlu memanfaatkan kebaikan serta rezeki yang diperoleh di dunia untuk kegunaan akhirat pula dengan memperbanyakkan amal ibadat.

SUMBER BUKU: Tinta 2 Asyraf

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini