KANGAR – Umat Islam dinasihatkan jangan memelihara kucing di rumah mereka sekiranya hobi itu boleh menimbulkan masalah dalam keluarga dan hidup berjiran, kata Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Beliau berkata, pemilik kucing harus menjaga haiwan peliharaan mereka dengan terurus dan jangan membiarkan kucing itu bebas keluar ke rumah jiran dan membuang najis di situ sehingga menyusahkan jiran tetangga. “Jika kucing seseorang pergi dan membuang najis di rumah jiran tidak berdosa bagi jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain,” katanya menjawab soalan jemaah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya