Isteri Shukri Yahya keguguran - Utusan Malaysia

Isteri Shukri Yahya keguguran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA – Impian pelakon, Shukri Yahya untuk menimang cahaya mata lelaki musnah apabila isterinya mengalami keguguran sekitar April yang lalu.

Shukri atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Yahaya, 31, berkata, Tya Adnan telah disahkan mengandung sekitar Mac lalu namun kandungan itu hanya bertahan selama sebulan.

Menurutnya, meskipun kecewa dia bagaimanapun reda dan menganggap kehilangan itu sebagai tiada rezeki.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isteri saya mengalami keguguran pada April lalu selepas dia mengalami sakit perut. Alhamdulillah isteri berada dalam keadaan baik dan kami akan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata baharu.

“Saya kecewa tetapi reda kerana saya sememangnya mengimpikan kehadiran cahaya mata lelaki,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran Festival Perlumbaan Toyota Gazoo di sini.

Shukri dan Tya disatukan pada tahun November 2015 dan menimang cahaya mata sulung iaitu Aaira Ameena kini berusia tiga tahun.

Tambah Shukri dia dan isteri sentiasa optimis dan berusaha untuk mendapatkan zuriat kedua dalam keluarga mereka.

“Setiap hari kami berusaha untuk mendapatkan anak. Doakan kami,” katanya.

Sementara itu, Shukri meneruskan tanggungjawab menjayakan kempen Festival Perlumbaan Toyota Gazoo untuk tahun ketiga.

“Saya suka dengan aktiviti permotoran dan gemarkan adrenalin. Saya akan menjalankan tanggungjawab ini sebaiknya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini