Isteri keguguran, Shukri reda - Utusan Malaysia

Isteri keguguran, Shukri reda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA – Pelakon Shukri Yahaya mendedahkan isterinya Tya Adnan mengalami keguguran sekitar April lalu.

Mengakui kecewa, Shukri, 31, bagaimanapun reda dan menganggap belum tiba waktunya untuk dia dan isteri menimang cahaya mata kedua.

“Isteri saya disahkan mengandung pada Mac, jadi waktu keguguran kandungan juga masih awal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada mulanya isteri saya buat pemeriksaan bila sakit perut, tetapi doktor sahkan kantung kosong. Memang kecewa tetapi saya reda,” katanya.

Sementara itu Shukri akui dia dan Tya memang menantikan anak kedua selepas dikurniakan Aaira Ameena yamg kini berusia tiga tahun.

“Ikutkan saya dan isteri memang menanti anak kedua. Malah saya sendiri mengimpikan untuk mempunyai anak lelaki.

“Saya anggap tiada rezeki buat kami lagi,” katanya yang mendirikan rumah tangga pada November 2015. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini