NEW DELHI 26 Julai – Iran telah membebaskan sembilan daripada 12 kru kapal minyak Panama yang dirampasnya pada 14 Julai lalu.
Kesemua yang dibebaskan merupakan warganegara India.
Perkembangan itu disahkan oleh Kementerian Luar India, hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Iran mendakwa kapal MT Riah itu telah digunakan untuk mengangkut minyak secara haram.
Seramai 21 kru berwarganegara India masih dalam tahanan Iran ketika ini.-AFP











